Lelaki ditahan, orkid seludup hampir RM1 juta dirampas

Lelaki ditahan, orkid seludup hampir RM1 juta dirampas

Pasukan Gerakan Am menemui lebih 280 orkid tanpa dokumen sah yang dipercayai diseludup dari Thailand dalam kenderaan dipandu seorang lelaki.

handcuff
Lelaki 57 tahun itu ditahan kira-kira 6.30 petang Ahad lalu selepas Batalion 8 Pasukan Gerakan Am mengesan sebuah Toyota Avanza yang dipandu dalam keadaan mencurigakan. (Gambar Rawpixel)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai membawa tanaman hiasan orkid hampir RM1 juta di Jalan Kasban, Kampung Simpangan, Tumpat, kelmarin.

Lelaki 57 tahun itu ditahan kira-kira 6.30 petang Ahad lalu selepas Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) mengesan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara PGA, Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata hasil pemeriksaan menemui lebih 280 orkid tanpa dokumen sah yang dipercayai diseludup dari Thailand dalam MPV itu.

“Suspek dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup orkid tersebut ke pasaran tempatan. Anggaran nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM980,000 dan kes disiasat bawah Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, suspek dan barangan rampasan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.