Anak simpan mayat ibu 3 tahun dalam peti sejuk

Anak simpan mayat ibu 3 tahun dalam peti sejuk

Anak lelaki mangsa dipercayai membunuh ibunya memaklumkan kepada polis mengenai mayat wanita itu yang disimpan sejak tiga tahun lalu.

Polis menemukan mayat seorang wanita di dalam peti sejuk beku di sebuah rumah di Taman OUG susulan laporan oleh anak lelakinya. (Gambar X)
PETALING JAYA:
Mayat seorang wanita berusia 80-an dipercayai dibunuh anaknya tiga tahun lalu ditemukan disimpan di dalam peti sejuk beku di sebuah rumah di Jalan Klang Lama hari ini.

Polis menemukan mayat warga emas itu di sebuah rumah di Taman OUG susulan laporan oleh anak lelakinya yang mengalami masalah kesihatan.

Memetik sumber, Berita Harian melaporkan lelaki berusia 50-an itu memberitahu polis dia membunuh ibunya pada 2021 sebelum menyimpannya dalam peti sejuk beku.

Mayat mangsa dilaporkan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat, sementara polis menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, yang mengesahkan kejadian berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.