Jangan sembunyi kes buli di institusi pendidikan Mara, kata Asyraf

Jangan sembunyi kes buli di institusi pendidikan Mara, kata Asyraf

Pengerusi Mara itu berkata jika berlaku kes seperti itu tindakan akan diambil termasuk kepada pengetua terbabit.

buli-abuse
Pengerusi Mara, Asyraf Wajdi Dusuki berkata tidak ada kompromi atau pilih kasih terhadap mana-mana pelaku buli di institusi pendidikan Mara. (Gambar fail)
KUALA LUMPUR:
Pengendali institusi pendidikan Mara diingatkan supaya tidak menyembunyikan sebarang kes buli yang berlaku dalam kalangan pelajar atau akan berdepan tindakan tegas.

Pengerusi Mara, Asyraf Wajdi Dusuki berkata tindakan akan dikenakan terhadap pengetua institusi pengajian terbabit sekiranya didapati menyembunyikan kes berkenaan, selaras dengan arahan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

“Jangan sesekali ada termasuk Maktab Rendah Sains Mara yang sorok kes buli. TPM telah arahkan saya, jika ada kes buli disorokkan maka tindakan turut diambil terhadap pengetua terbabit,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Asyraf juga menegaskan tidak ada kompromi atau pilih kasih terhadap mana-mana pelaku buli di institusi pendidikan Mara.

“Saya tidak kira anak pembesar, anak orang kenamaan berpengaruh sekalipun, jika didapati melakukan perbuatan buli, mereka tiada tempat di institusi pendidikan Mara. ‘You touch you go!’” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.