Sekolah di Tanjong Karang gempar pondok pengawal dirempuh lori

Sekolah di Tanjong Karang gempar pondok pengawal dirempuh lori

Polis berkata nahas itu berlaku di KM60 Jalan Klang-Teluk Intan membabitkan sebuah lori Scania dan MOV Naza Citra.

Keadaan lori selepas merempuh pondok pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Tanjong Karang pagi tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Karang di Selangor gempar selepas sebuah lori merempuh pondok pengawal keselamatannya.

Ketua Polis Kuala Selangor, Azaharudin Tajudin, berkata nahas 9.10 pagi tadi itu berlaku di KM60 Jalan Klang-Teluk Intan, depan sekolah berkenaan membabitkan sebuah lori Scania dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra.

“Siasatan awal mendapati pemandu MPV lelaki berusia 36 tahun dalam perjalanan dari Tanjong Karang ke Kuala Selangor.

“Setibanya di lokasi, lori dari arah bertentangan memasuki jalan dan melanggar Naza Citra di lorong kanan. Kenderaan berat itu seterusnya melanggar pondok pengawal,” katanya menurut Berita Harian.

Menurutnya, kedua-dua pemandu kenderaan tidak cedera dan siasatan masih diteruskan mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Terdahulu, tular beberapa gambar menunjukkan kemalangan antara lori yang merempuh pondok pengawal keselamatan dan MPV.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.