
Fahmi berkata, penukaran lokasi dari Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), seperti yang diumumkan sebelum ini, diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini.
“(Perkara ini) telah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (Shamsul Azri Abu Bakar) dalam mesyuarat hari ini.
“Mungkin faktor lokasi dan ruang, antara lainnya, menjadi pertimbangan,” katanya pada sidang media mingguan menteri komunikasi di Putrajaya, lapor Bernama.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, sambutan itu dijangka dihadiri oleh seluruh jentera pentadbiran negara termasuk perdana menteri dan Jemaah Menteri selain ketua-ketua jabatan serta agensi.
Perincian program-program yang akan diadakan sempena sambutan ini akan diumumkan dalam masa terdekat, katanya.