
Pengerusinya, Mas Ermieyati Samsudin, berkata jawatankuasa itu mendapat gesaan daripada pelbagai pihak untuk mengambil langkah terbabit berikutan isu kerugian pelaburan yang berlaku.
“Ada cadangan daripada pelbagai pihak termasuk ahli Parlimen, penjawat awam, usahawan dan lain-lain supaya PAC memanggil pihak berkenaan.
“Saya perlu membawa perkara ini kepada jawatankuasa PAC untuk dibincang dalam masa terdekat.
“Sekiranya jawatankuasa bersetuju dan ada keperluan, mereka akan dipanggil,” katanya, menurut Berita Harian.
Platform e-dagang itu mendapat perhatian baru-baru ini berikutan kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta dialami Khazanah dan PNB.
Syarikat berkenaan dilaporkan mengalami kerugian lima tahun berturut-turut sebelum dua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLC) itu melabur.