Tukar status tanah Taman Tugu kepada pegangan bebas, kata kumpulan penduduk

Tukar status tanah Taman Tugu kepada pegangan bebas, kata kumpulan penduduk

Persatuan penduduk mahu status tanah itu ditukar kerana mahu warisan itu dipelihara untuk generasi akan datang.

Taman Tugu seluas 26 hektar yang mengelilingi Tugu Negara di Lake Gardens, Kuala Lumpur, akan dipindahkan kepada Amanah Warisan Negara. (Gambar Taman Tugu)
PETALING JAYA:
Sebuah persatuan penduduk merayu Datuk Bandar Kuala Lumpur Maimunah Sharif untuk menukar status tanah di Taman Tugu di Kuala Lumpur sebagai pegangan bebas.

Persatuan Tindakan Penduduk Kuala Lumpur untuk Pembangunan Lestari berkata ketika ini status tanah seluas 26 hektar itu adalah pajakan 99 tahun.

Menggesa status tanah itu ditukar kepada pegangan bebas, kumpulan itu berkata: “Kami mahu warisan itu boleh dipelihara untuk generasi warga kota yang akan datang,”.

Dalam kenyataan selepas pertemuan dengan datuk bandar pada 29 Okt, persatuan itu berkata mereka menyeru Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk memperbaiki proses penyahwartaan hak milik tanah dan penggunaan tanah.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Maimunah Sharif ( tiga dari kiri) ketika satu pertemuan bersama wakil persatuan penduduk. (Gambar Facebook)

Mereka juga mahu DBKL perlu lebih telus dan melibatkan penduduk “supaya warga kota dapat menilai justifikasi penyahwartaan itu”.

Selain itu, persatuan turut membincangkan soal perlindungan tanah awam dan kawasan hijau, serta cabaran yang dihadapi dalam projek pembangunan semula.

Persatuan itu juga berkata penduduk pernah didatangi dengan individu yang mendakwa mewakili pemaju, yang cuba mendapatkan tandatangan penduduk sebagai persetujuan terhadap projek pembangunan semula.

Taman Tugu, taman awam yang mengelilingi Tugu Negara di Lake Gardens, Kuala Lumpur, akan dipindahkan kepada Amanah Warisan Negara untuk diurus dan dilindungi secara kekal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.