KL, 8 negeri dijangka alami ribut petir

KL, 8 negeri dijangka alami ribut petir

MetMalaysia meramalkan hujan lebat dan angin kencang turut berlaku di kawasan berkenaan hingga tengah hari ini.

ribut petir
Ibu negara dan lapan negeri lain iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Melaka, Johor dan Sabah dijangka mengalami ribut petir hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan berlaku di ibu negara dan lapan negeri hingga tengah hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada 8.30 pagi tadi, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah (Langkawi, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang serta Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

Keadaan sama turut dijangka melanda Pahang (Kuantan dan Pekan), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat) serta Melaka (Melaka Tengah dan Jasin).

Di Johor pula membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala di Sabah, ramalan cuaca itu mungkin berlaku di Kudat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.