6 termasuk penyanyi Kelantan positif dadah di Thailand

6 termasuk penyanyi Kelantan positif dadah di Thailand

Mereka akan dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat untuk direman esok.

handcuff
Semua suspek berusia 25 hingga 34 tahun itu akan dibawa keluar dari lokap Balai Polis Sungai Golok pagi esok untuk dihantar ke Mahkamah Narathiwat.
KOTA BHARU:
Enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi wanita dari Kelantan yang ditahan polis Thailand semalam bersama 6,000 biji pil kuda didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Menurut sumber polis Thailand, semua suspek yang ditahan di lokap Balai Polis Sungai Golok akan dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat untuk direman esok.

“Semua suspek berusia antara 25 hingga 34 tahun itu akan dibawa keluar dari lokap Balai Polis Sungai Golok pagi esok untuk dihantar ke Mahkamah Narathiwat,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat mengesahkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang artis tempatan dari Kelantan ditahan dalam serbuan dijalankan polis Thailand di sebuah hotel dekat pekan Sungai Golok pada 6 pagi, Jumaat.

Hasil pemeriksaan dalam bilik terbabit menemukan kira-kira 6,000 biji pil kuda dan semua suspek dibawa ke Balai Polis Sungai Golok untuk tindakan lanjut.

Dilaporkan dua daripada suspek ditahan, dipercayai memasuki Thailand menggunakan pangkalan haram Gergaji dekat Rantau Panjang, Pasir Mas, manakala empat lagi menggunakan laluan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.