10 bahagian Bersatu digantung dibenar bersidang Disember, kata Hamzah

10 bahagian Bersatu digantung dibenar bersidang Disember, kata Hamzah

Setiausaha agung Bersatu itu berkata semua cawangan dalam bahagian itu pula boleh bersidang bermula 7 Nov ini.

perhimpunan agung bersatu
Jawatankuasa pemilihan Bersatu (JPP) semalam mengesahkan sebanyak 10 bahagian jawatankuasa digantung dan tidak boleh bersidang dalam pemilihan parti hari ini.
PETALING JAYA:
Semua cawangan dalam 10 bahagian Bersatu yang digantung dibenarkan bersidang bermula 7 Nov ini, kata Setiausaha Agung Hamzah Zainudin.

Hamzah berkata, semua 10 bahagian itu pula boleh mengadakan sidang masing-masing pada bulan depan.

“Mengenai 10 bahagian itu, kita bukanlah menggantung untuk selamanya. Mereka akan memulakannya persidangan) pada tarikh yang telah kita tetapkan.

“Ini kerana kita nak mengelakkan dari berlaku perkara-perkara yang tidak diingini yang boleh membabitkan keseluruhan pemilihan seluruh negara,” katanya lapor Berita Harian.

Semalam, Jawatankuasa pemilihan Bersatu (JPP) mengesahkan sebanyak 10 bahagian jawatankuasa digantung dan tidak boleh bersidang dalam pemilihan parti hari ini.

Bercakap kepada FMT, Pengerusi Abdul Azim Mohd Zabidi berkata ini termasuk Bahagian Hulu Langat dan Kota Melaka yang beliau sahkan menerima notis pemberitahuan menerusi surat bertarikh 31 Okt.

Lain-lain termasuk Bahagian Jasin, Tapah, Teluk Intan, Machang, Bukit Mertajam, Bukit Bendera, Tanjong dan Cameron Highlands.

Keadaan itu menyebabkan ahli di 10 bahagian itu tidak boleh mengundi bagi memilih tiga naib presiden dan 20 majlis pimpinan tertinggi (MPT).

Sumber memberitahu FMT, Bersatu Kota Melaka digantung susulan aduan mendakwa laporan palsu dihantar berhubung persidangan cawangan-cawangan dan juga keahlian.

“Ada beberapa aduan dihantar dan siasatan pusat mendapati wujud kesalahan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.