Ribut petir, hujan lebat diramal di 8 negeri

Ribut petir, hujan lebat diramal di 8 negeri

MetMalaysia berkata ia diramal berlaku sehingga 12 tengah hari ini.

ribut petir
Lapan negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga tengah hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kejadian ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang akan melanda lapan negeri sehingga 12 tengah hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pagi tadi, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak) serta Melaka.

Di Kelantan, kawasan yang terjejas termasuk Tumpat, Pasir Mas, Jeli, dan Tanah Merah, manakala di Negeri Sembilan, Port Dickson turut terlibat.

Di Sarawak, kawasan terlibat adalah Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis dan Miri).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.