
Muslihat dua banduan itu, iaitu seorang lelaki tempatan dan seorang warga asing, bagaimanapun tidak mendatangkan hasil apabila mereka ditahan semula 2km dari lokasi kejadian, kira-kira 3 jam kemudian.
Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata, kedua-dua tahanan yang baru dijatuhi hukuman atas kesalahan dadah itu melarikan diri ketika trak berada di Simpang Benus pada kira-kira 1 tengah hari.
“Mereka buat pergaduhan di dalam sel dan apabila anggota cuba meleraikan mereka terus melarikan diri,” katanya, lapor Kosmo.
“Bagaimanapun kedua-dua suspek berjaya ditahan dalam Ops Kesan yang dilakukan pihak polis.”
Kes disiasat atas kesalahan melarikan diri daripada tahanan.