
Yeoh berkata, beliau berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi sesi berkenaan, namun Kamarul tidak hadir walaupun sebelum ini bersetuju mengambil bahagian.
“Ketidakhadirannya jelas tidak menghiraukan mahkamah dan proses mediasi. Perbicaraan akan berjalan pada 25 Nov,” katanya yang juga menteri belia dan sukan di Facebook.
Yeoh memfailkan saman pada 2022 terhadap dua catatan Facebook Kamarul yang dimuat naik pada Mei 2017, di mana mendakwa beliau “mempunyai motif menyebarkan agama Kristian melalui politik”.
Kamarul juga menyebut buku biografi Yeoh, Becoming Hannah: A Personal Journey, didorong oleh “agenda Kristianisasi”.
Yeoh berkata, pensyarah itu juga mendakwa beliau “berhasrat menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian”.
Beliau beranggapan perkataan digunakan menyinggung, tidak benar sama sekali, dan berniat jahat untuk secara serius memfitnahnya, dan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, dan ganti rugi teladan.
Dalam penyataan pembelaan, Kamarul berkata dua catatan Facebook dibuat bukan memfitnah dan mempunyai justifikasi.
Pada 2017, selepas hantaran itu diterbitkan, Yeoh membuat laporan polis terhadap Kamarul, mendakwa catatan Facebook dibuat berniat jahat. Kamarul kemudian membuat laporan balas dua hari kemudian, menuduh Yeoh terbabit dalam penyebaran dakwah.