Miti jalan 4 siasatan antilambakan produk besi, keluli, plastik dari China

Miti jalan 4 siasatan antilambakan produk besi, keluli, plastik dari China

Antara 2015 hingga 2023, kerajaan menguatkuasakan sembilan tindakan antilambakan bagi barangan import dari negara itu.

miti
Menurut Miti, tindakan kerajaan mengenakan duti antilambakan selaras dengan peraturan antarabangsa bawah perjanjian-perjanjian WTO.
KUALA LUMPUR:
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) sedang menjalankan empat siasatan antilambakan melibatkan produk besi dan keluli serta plastik yang diimport dari China.

Menurut Miti menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen, antara 2015 hingga 2023, kerajaan menguatkuasakan sembilan tindakan antilambakan bagi barangan import dari negara itu.

“Duti antilambakan merupakan salah satu remedi perdagangan yang diguna pakai oleh kerajaan bagi memastikan industri tempatan tidak terjejas akibat amalan perdagangan yang tidak adil oleh barangan import, iaitu pengenaan harga yang lebih rendah di Malaysia berbanding harga yang dijual di pasaran domestik negara pengeksport.

“Tindakan kerajaan ini selaras dengan peraturan antarabangsa bawah perjanjian-perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO),” kata Miti.

Kementerian menjelaskan sedemikian menjawab soalan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berhubung polisi antilambakan sebagai alat melindungi pasaran domestik hasil lambakan produk, terutamanya dari China.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.