
“Terima baik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas solat Jumaat di Surau Ar-Rahman, Presint 16.
Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan mengenai permohonan maaf terbuka Najib itu berhubung skandal 1MDB.
Semalam, dalam kenyataan dibacakan anaknya, Nizar, perdana menteri keenam itu mengaku beliau amat terluka setelah mengetahui segala kecurangan berlaku dalam 1MDB ketika berada bawah pengawasannya.
Najib juga kekal menyatakan beliau tidak bersalah, sebaliknya menyalahkan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan eksekutif Petrosaudi.
Permohonan maaf Najib itu dibuat enam hari sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan sama ada beliau perlu membela diri dalam kes rasuah 1MDB yang bermula lima tahun lalu.
Najib sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kes salah guna kuasa, pengubahan wang dan pecah amanah jenayah dalam kes SRC International, melibatkan dana berjumlah RM42 juta.
Bagaimanapun, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada Februari lalu bersetuju memendekkan hukuman penjara Najib kepada enam tahun dan denda dikurangkan separuh.