
Menerusi hantaran di laman Instagram, pemain berusia 25 tahun itu berkata, beliau memerlukan kira-kira RM25,000 hingga RM30,000 untuk pembedahan dan bil hospital, kerana polisi insuransnya tidak menanggung kos berkenaan.
Qi Xuan mengakui amat terkejut selepas menjalani imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) yang menunjukkan beliau mengalami koyak Ligamen Krusiat Anterior (ACL), Ligamen Krusiat Belakang (PCL), cedera Ligamen Kolateral Lateral (LCL), dan sedikit keretakan pada tulang belakang.
“Ibu bapa saya merupakan pesara dan saya tidak boleh menjana pendapatan dengan melatih pelajar disebabkan kecederaan ini. Saya dengan rendah hati mengharapkan bantuan supaya dapat bangkit semula selepas pembedahan nanti,” katanya menerusi hantaran berkenaan.
Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman Instagram Qi Xuan.
Sementara itu, Qi Xuan berterima kasih kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kerana sudi menawarkan bantuan beliau menjalani rawatan pemulihan walaupun berstatus pemain profesional.
Qi Xuan dilaporkan mengalami kecederaan lutut ketika cuba melakukan pukulan smash menyebabkan beliau dan pasangannya Yap Rui Chen terpaksa menarik diri, ketika mereka hanya satu mata untuk meriah kemenangan.
Qi Xuan-Rui Chen mendahului Teoh Mei Xing-Go Pei Kee 22-20, 2018 pada aksi separuh akhir.