
Penangguhan itu dibuat apabila Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) membangkitkan Peraturan Mesyuarat 13(1), selepas mendapati kehadiran Ahli Parlimen tidak mencukupi sekurang-kurangnya 26 orang dalam Dewan.
“Di saat perbahasan begini penting tidak dihadiri oleh korum yang mencukupi,” katanya.
Dewan rakyat sedikit kecoh sebelum loceng dibunyikan apabila RSN Rayer (PH-Jelutong) bangun mencelah dan memaklumkan terdapat Ahli Parlimen ke surau menunaikan solat.
Bagaimanapun, Ahmad Marzuk memaklumkan beliau sudah meninjau ke dalam surau dan tiada lagi Ahli Parlimen di situ.
Selepas itu, Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang mempengerusikan sementara Dewan Rakyat mengarahkan loceng dibunyikan selepas hanya ada 19 Ahli Parlimen.