DOSM akan keluar indikator kos sara hidup ikut daerah

DOSM akan keluar indikator kos sara hidup ikut daerah

Statistik itu untuk dijadikan rujukan dalam menggubal dasar dan keputusan kerajaan.

Ketua Perangkaan Mohd Uzir Mahidin, berkata statistik dikeluarkan itu bagi memastikan ia relevan kepada kehidupan rakyat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Indikator kos sara hidup mengikut daerah akan dikeluarkan untuk dijadikan rujukan dalam menggubal dasar dan keputusan kerajaan, kata Ketua Perangkaan Mohd Uzir Mahidin.

Katanya, laporan tersebut juga akan membolehkan rakyat mengambil tahu mengenai kos sara hidup di kawasan masing-masing, selain mendekatkan rakyat dengan data dan statistik merangkumi kehidupan seharian mereka.

“Kehidupan rakyat berteraskan kepada statistik yang akhirnya mendapat manfaat apabila program-program dilaksanakan kerajaan berpaksi kepada angka yang relevan dengan mereka,” katanya menurut Bernama pada Majlis Sambutan Hari Statistik Negara 2024 dan Prapelancaran Laman Statistik, di Putrajaya.

Katanya, Hari Statistik Negara 2024 yang disambut hari ini antara lain bertujuan memberi peluang kepada orang ramai melihat kepentingan statistik dan perkhidmatan diterajui Jabatan Perangkaan (DOSM).

“Kita ingin melihat statistik yang dikeluarkan DOSM dapat diserap oleh orang ramai, selain berhasrat penggunaan statistik ke arah membangunakan sebuah negara maju dapat juga dimanfaatkan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.