PGA rampas ‘bundle Siam’ RM350,000

PGA rampas ‘bundle Siam’ RM350,000

Rampasan dilakukan selepas PGA menahan sebuah lori dipandu lelaki dalam keadaan mencurigakan semasa Op Taring Wawasan Kelantan di Tumpat.

Suspek dipercayai berperanan sebagai penghantar selepas semua pakaian terpakai itu diseludup dari Thailand sebelum dijual di pasaran tempatan. (Gambar PGA)
KOTA BHARU:
Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas tujuh tan pakaian terpakai atau ‘bundle’ bernilai RM350,000 diseludup dari Thailand selepas menahan seorang pemandu lori semasa melalui sekat pintas Pos Nibong di Tumpat, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata rampasan dilakukan pada 11.30 pagi selepas menahan sebuah lori jenis Isuzu dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun dalam keadaan mencurigakan semasa Op Taring Wawasan Kelantan.

“Hasil pemeriksaan ke atas lori tersebut menemui lebih 7,000kg bungkusan pakaian ‘bundle’ tanpa dokumen sah.

“Suspek dipercayai berperanan sebagai penghantar selepas semua pakaian tersebut diseludup dari Thailand sebelum ia dijual di pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek dan barang rampasan diserahkan ke kompeni taktikal (Komtak) PGA Pengkalan Kubor untuk disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.