
Di Perak, Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara memaklumkan jumlah mangsa meningkat kepada 1,619 orang di 12 PPS di daerah Kerian, Hilir Perak, Kampar, Perak Tengah dan Kuala Kangsar berbanding 1,459 orang malam tadi.
Di Perlis, jumlah mangsa banjir turut mencatatkan peningkatan daripada 47 orang malam tadi kepada 469 orang pagi ini dan keadaan sama di Kedah dengan 298 orang ditempatkan di tiga PPS berbanding 137 orang malam tadi.
Di Selangor, jumlah mangsa banjir bertambah sedikit daripada 117 orang malam tadi kepada 136 orang pagi ini, manakala banjir di Pahang beransur pulih dengan jumlah mangsa berkurangan kepada 1,259 orang berbanding 1,418 orang malam tadi.
Laman sesawang rasmi https://publicinfobanjir.water.gov.my/ memaklumkan lima sungai mencatatkan paras bahaya, iaitu tiga di Sarawak dan dua di Selangor.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Perlis, Kuala Lumpur serta beberapa Kawasan di Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar.
Keadaan cuaca sama juga diramalkan di Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling), Negeri Sembilan (Rembau) dan Sarawak (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) hingga 11 pagi ini.