AS mahu tingkat kerjasama dalam sektor gas, aeroangkasa dengan Sarawak

AS mahu tingkat kerjasama dalam sektor gas, aeroangkasa dengan Sarawak

AS sedang mempertimbangkan Sarawak sebagai pangkalan untuk lebih banyak melabur di Malaysia, menurut dutanya, Edgard D Kagan.

Premier Sarawak Abang Johari Openg bersama Duta AS ke Malaysia Edgard D Kagan ketika kunjungan hormat di Wisma Pelita Petra Jaya hari ini. (Gambar Bernama)
KUCHING:
Amerika Syarikat berhasrat memperkukuh kerjasama dengan Sarawak, khususnya dalam sektor gas luar pesisir dan aeroangkasa.

Duta AS ke Malaysia Edgard D Kagan berkata, Sarawak memiliki potensi besar dan kepakaran dalam kedua-dua sektor itu, selain mencapai kemajuan yang ketara dalam sektor tenaga boleh baharu.

Perkara tersebut, katanya, antara yang dibincangkan dengan Premier Sarawak Abang Johari Openg dalam kunjungan hormatnya hari ini.

“Kami sedang mencari kaedah untuk menggalakkan pelaburan AS ke Malaysia dan mempertimbangkan Sarawak sebagai pangkalan.

“Kami juga berbincang tentang pelbagai perkara daripada gas luar pesisir sehinggalah aerongkasa,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan tersebut.

Kagan turut memuji usaha Sarawak mempromosikan agenda tenaga boleh baharu,

“Saya sentiasa kagum dengan kepakaran dan komitmen beliau (Abang Johari) untuk mencari jalan memperluas pengeluaran tenaga bersih serta meraih manfaat daripada kemahiran dan keupayaan Sarawak dalam tenaga,” tambahnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.