
Pelantikannya diumumkan oleh Pengerusi Matrade Reezal Merican Naina Merican menerusi catatan Facebook malam tadi.
“Saya menyerahkan surat pelantikan ahli lembaga pengarah Matrade (kepada) Nooryana Najwa Najib dan menyaksikan lafaz sumpah ikrar bebas rasuah oleh beliau bersama-sama dua lagi ahli lembaga pengarah (baharu), iaitu Hairil Yahri Yaacob dan Mastura Abdul Karim.
“Tahniah diucapkan kepada Nooryana Najwa atas lantikan (tersebut),” katanya.
Nooryana, yang juga exco Puteri Umno dan ketua bahagian Lembah Pantai, sebelum ini menuntut di Georgetown University, Wharton School of the University of Pennsylvania, dan Kennedy School of Harvard University.