
Ketua Polis Tawau, Jasmin Hussin, berkata hasil ujian mendapati lelaki 37 itu di bawah pengaruh dadah dan siasatan lanjut menunjukkan suspek tiada lesen memandu sah.
Beliau berkata, suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Orang awam yang menyaksikan atau mempunyai maklumat kemalangan ini diminta tampil ke pejabat trafik IPD Tawau untuk membantu siasatan,” katanya menurut Harian Metro.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin, berkata sepasukan 10 anggota bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi sejauh 86km selepas menerima panggilan pada 2.10 petang semalam.
Menurutnya, penunggang motosikal itu terperosok di bawah bas sekolah dan anggotanya menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.