
Menurut Nanta, cawangan kejuruteraan cerun (CKC) Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang mendapat gambaran lebih terperinci situasi di lokasi kejadian yang membabitkan empat rumah dan sebuah kereta.
Beliau turut menjelaskan CKC JKR telah mengeluarkan amaran tahap bahaya kepada pasukannya di Gombak dan Hulu Langat pada 4.37 petang semalam, iaitu hampir 18 jam sebelum kejadian melanda.
“Amaran awal ini juga telah dipanjangkan kepada wakil Majlis Perbandaran Ampang Jaya semalam,” katanya dalam kenyataan.
Beliau turut memohon penduduk mematuhi segala arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Kejadian 10.15 pagi itu menyebabkan 20 kediaman jenis teres terputus laluan utama dan sebuah kereta diletakkan dalam rumah mengalami kerosakan.
Kerosakan melibatkan sebuah kabin pondok pengawal, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Penghuni rumah di lokasi itu diarahkan berpindah sementara ke sebuah dewan serbaguna.