
Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli membenarkan rayuan V Mugunthan, dengan mengatakan ia mempunyai merit yang mencukupi.
Mahkamah turut memerintahkan majikannya B Braun Medical Industries Sdn Bhd membayar kos RM50,000 kepada Mugunthan.
Turut bersidang dalam panel yang mendengar rayuan itu ialah Hakim Abu Bakar Jais dan Abdul Karim Abdul Jalil.
Mahkamah tertinggi itu memutuskan bahawa Mahkamah Perusahaan tidak boleh dihalang daripada menyiasat keadaan yang membawa kepada pemberhentian Mugunthan walaupun rundingan bona fide antara kedua pihak berkenaan terma MSS.
Keputusan itu membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada November lalu yang mengetepikan award Mahkamah Perusahaan atas alasan Mugunthan secara sukarela bersetuju dengan MSS.
Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa untuk berjaya, Mugunthan perlu menunjukkan dia terpaksa mengemukakan peletakan jawatannya pada mesyuarat pada 14 Jan 2019, yang gagal dilakukannya.
Tindakan Mahkamah Perusahaan itu timbul selepas Mugunthan – yang menerima gaji bulanan RM17,938 – memfailkan representasi dengan menyatakan pemecatan yang tidak adil walaupun menerima RM125,566, atau bersamaan dengan gaji tujuh bulan bawah MSS.
Bukti menunjukkan bahawa Mugunthan, yang menyertai syarikat itu pada 1 Jun 2015, diberitahu bahawa perjanjian MSS mempunyai kesan peletakan jawatan biasa dengan syarikat itu.
Peguam VK Raj dan SP Devi mewakili Mugunthan, manakala peguam Raymond Low, Adam Thye dan Chia Jia Xin mewakili syarikat itu.