Chong Fat Full pertahan ketua sayap Bersekutu Bersatu

Chong Fat Full pertahan ketua sayap Bersekutu Bersatu

Ketua Penerangan Sanjeevan Ramakrishnan pula menang jawatan naib ketua selepas mengalahkan Ahli Bersekutu Bersatu Tanjong Cheah Kim Huat.

chong fat full
Ketua Sayap Bersekutu Bersatu Chong Fat Full mempertahankan jawatan bagi penggal 2024-2027 selepas menewaskan pencabarnya dalam pemilihan berlangsung pada 12 Okt lalu.
PETALING JAYA:
Ketua Sayap Bersekutu Bersatu Chong Fat Full mempertahankan jawatan bagi penggal 2024-2027 selepas menewaskan pencabarnya Ketua Sayap Bersekutu Bersatu Bangi, Vasantha Kumar Krishnan dalam pemilihan pada 12 Okt lalu.

Ketua Penerangan Sanjeevan Ramakrishnan pula menang jawatan naib ketua selepas mengalahkan Ahli Bersekutu Bersatu Tanjong Cheah Kim Huat.

Kemenangan itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Abdul Azim Mohd Zabidi menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sayap Bersekutu Bersatu turut mengumumkan 15 ahli jawatankuasa baharu.

“JPP menerima serta meneliti semua laporan persidangan dan aduan serta selesai memuktamadkan penjumlahan undi yang sah, teratur dan mematuhi segala tatacara, peraturan pemilihan serta prosedur pengundian dalam pemilihan sayap Bersekutu,” menurut kenyataan itu.

Pemilihan sayap Bersatu itu membabitkan 7,466 ahli dengan pecahan Selangor (1,478), Wilayah Persekutuan (1,212), Negeri Sembilan (1,613), Johor (2,323) dan Perak (840).

Bersekutu Bersatu mempunyai 26 bahagian di seluruh negara.

Sebelum ini, Chong berdepan tekanan daripada perwakilan sayap itu yang mendesaknya meletak jawatan susulan kekalahan semua calon Bersekutu pada PRU15 dan PRN enam negeri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.