Ugut bekas pekerja tarik laporan, pemilik bengkel disiasat polis

Ugut bekas pekerja tarik laporan, pemilik bengkel disiasat polis

Polis berkata, pemilik bengkel itu mengugut bekas pekerjanya tidak dapat ke mana-mana, selain akan berdepan kesusahan dan masuk penjara, jika tidak menarik balik laporan polis dibuatnya.

azam ismail
Ketua Polis Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail, berkata pihaknya menerima laporan seorang lelaki pada 8 Okt lalu berhubung ugutan diterimanya menerusi pesanan suara daripada bekas majikan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis menyiasat seorang pemilik bengkel yang didakwa mengugut bekas pekerjanya menarik laporan polisnya atau beliau akan berdepan kesusahan.

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail, berkata pihaknya menerima laporan seorang lelaki pada 8 Okt lalu berhubung ugutan bekas majikannya yang diterima menerusi pesanan suara.

“Menurut pengadu, bekas majikannya mengugut dia menarik semula laporan dibuatnya dan suspek yang disiasat mengikut Seksyen 380/323 Kanun Keseksaan.

“Suspek dikatakan mengugut sekiranya pengadu tidak menarik laporan, pengadu tidak akan dapat ke mana-mana sama ada di dalam atau luar negara.

“Malah, pengadu juga diugut akan mendapat susah serta akan masuk penjara,” katanya menurut Harian Metro.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.