Songlap dana bantuan RM78,000, 2 petugas JKM dipenjara 7 hari

Songlap dana bantuan RM78,000, 2 petugas JKM dipenjara 7 hari

Dua penolong pegawai kewangan JKM Raub itu mengaku salah melakukan pecah amanah dana bantuan berjumlah RM78,000 kira-kira empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan, Sazlina Safie turut menjatuhkan denda RM10,000 kepada dua tertuduh. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Dua penolong pegawai kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Raub masing-masing dipenjara tujuh hari dan didenda RM10,000 selepas mengaku salah melakukan pecah amanah dana bantuan berjumlah RM78,000 kira-kira empat tahun lalu.

Sinar Harian melaporkan Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan, Sazlina Safie turut memerintahkan Tengku Ashraf Shah Tengku Yahya dan Zuriani Abdul Rahim@ Abdul Rahman, kedua-duanya berusia 41 tahun, menjalani hukuman penjara dua bulan, jika gagal membayar denda.

Mereka didakwa mengemukakan penyata agihan bantuan am kepada 20 penerima dari Jun 2020 hingga Februari 2021 kepada ketua cawangan JKM daerah Raub, tetapi bantuan itu tidak diterima penerima terbabit.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.