
Pelaburan itu melibatkan 110 projek yang diluluskan dan akan menjana 14,343 peluang pekerjaan baharu.
“Daripada jumlah tersebut, 54 projek (49.1%) dengan pelaburan RM3.8 bilion telah direalisasikan, mewujudkan 5,303 pekerjaan,” menurut MITI dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.
“Ini merupakan pencapaian yang memberangsangkan memandangkan pelaksanaan projek perkilangan yang diluluskan lazimnya mengambil masa 18 hingga 24 bulan untuk direalisasikan, bergantung kepada skala projek dan keadaan ekonomi semasa.”
MITI menjelaskan sedemikian menjawab soalan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) yang meminta kementerian itu memaklumkan jumlah dan butiran pelaburan yang telah direalisasikan setakat ini daripada anggaran pelaburan RM170 bilion dalam misi perdagangan dan pelaburan ke China tahun lepas