
Pada aksi final yang berlangsung di Vantaan Energia Areena itu, Izzuddin-Sze Fei bagaimanapun sekali lagi dipaksa bekerja keras selepas diheret dalam perlawanan tiga set sebelum menang.
Selepas tewas 15-21 pada set pertama, pasangan itu bangkit dengan memperkemaskan permainan dan berjaya menang 21-15 pada set kedua, menurut Berita Harian.
Sze Fei-Nur Izzuddin meneruskan aksi konsisten mereka dan melenyapkan cabaran Astrup-Skaarup pada set ketiga dengan kemenangan 21-19 dalam permainan yang berlangsung sejam 12 minit.
Selain memperbaiki kedudukan ranking, Izzuddin-Sze Fei turut pulang dengan membawa hadiah wang kemenangan berjumlah RM142,282.
Ia juga kejayaan ketiga mereka bagi musim ini selepas muncul juara Terbuka Jepun dan Terbuka China.