Pearly-Thinaah naib juara Terbuka Artik

Pearly-Thinaah naib juara Terbuka Artik

Beregu wanita utama negara itu tewas dengan pasangan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning dalam perlawanan di Vantaan Energia Areena.

Pearly Tan-M Thinaah tewas 12-21, 17-21 dengan Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China di Terbuka Artik. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah terpaksa akur apabila hasrat muncul juara Terbuka Artik tidak kesampaian selepas ditundukkan pasangan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning.

Pearly-Thinaah yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan tewas dengan pasangan beregu wanita nombor dua dunia dalam perlawanan di Vantaan Energia Areena itu, lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun, semangat tidak menyerah kalah beregu wanita negara itu harus dipuji walaupun tewas pada set pertama 12-21.

Mereka cuba untuk bangkit pada set kedua apabila berjaya menyaingi mata demi mata sebelum pasangan dari China itu menamatkan aksi tersebut dengan kemenangan 21-17 dalam tempoh 58 minit.

Pearly-Thinaah meraih kejuaraan Terbuka Hong Kong bulan lalu selepas menewaskan lawan sama yang juga pemenang pingat perak Olimpik Paris 2024 dengan straight set, 21-14, 21-14.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.