Budak 9 tahun maut dipercayai dibaham buaya

Budak 9 tahun maut dipercayai dibaham buaya

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tidak sempurna di kawasan pantai tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang di Pantai Sinakut.

Mangsa disyaki dibaham buaya selepas mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sempurna pagi tadi. (Gambar JHL)
PETALING JAYA:
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan yang hilang ketika mandi di Pantai Sinakut, Felda Sahabat 16, Lahad Datu disyaki maut akibat dibaham buaya.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tidak sempurna di kawasan pantai tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, pagi tadi.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu Silvester Saimin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berlaku pada 7.45 pagi di pantai berkenaan.

Katanya, laporan awal diterima kejadian terjadi ketika mangsa dan ahli keluarga datang bercuti ke rumah keluarganya di Kampung Sinakut.

“Mangsa yang mandi bersama lima lagi rakannya dipercayai dibaham buaya.

“Dia diheret ke laut sebelum dihanyutkan ke pesisir pantai,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata pihaknya masih menjalankan siasatan kejadian itu dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.