
Premier Sarawak, Abang Johari Openg, berkata proses pengambilalihan itu kini di peringkat rundingan lanjutan.
“Sarawak memerlukan khidmat penerbangan berada bawah kawalannya sendiri, bukan sekadar sebagai kemudahan membawa penumpang keluar dan masuk, tetapi lebih penting ia merupakan pelaburan untuk pertumbuhan ekonomi.”
Beliau berkata demikian semasa berucap di Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Hari Lahir Yang di-Pertua Sarawak, Wan Junaidi Tuanku Jaafar ke-78 di sini.
Pada 23 Nov 2023, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Jerip Susil, dilaporkan berkata kerajaan Sarawak sedang menjalankan proses penilaian wajar terhadap MASWings sebagai persediaan pengambilalihan.
Menurutnya, rundingan juga sedang dijalankan dengan Malaysia Aviation Group (MAG) dan Khazanah Nasional Bhd untuk membeli saham MASWings.
Sementara itu, Abang Johari berkata, kajian pembangunan lapangan terbang antarabangsa Kuching baharu sedang dijalankan.
Beliau berkata, lapangan terbang baharu itu bakal diinspirasikan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Doha di Qatar.
“Lapangan terbang ini akan dilengkapi kemudahan canggih sejajar sasaran untuk membangunkan lapangan terbang tersebut sebagai hab penerbangan serantau.”