
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Victor B Sanjos, berkata suspek berusia 40 hingga 47 tahun ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram.
“Operasi diselaraskan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis Bukit Aman ini menyerbu sembilan premis perniagaan termasuk kediaman sekitar Tawau.
“Hasil serbuan, enam suspek termasuk pasangan suami isteri terdiri empat lelaki dan dua wanita masing-masing berusia antara 40 hingga 47 tahun.
“Dalam serbuan itu, wang tunai RM1,412,932.00 juta turut dirampas bersama beberapa peralatan seperti telefon dan dokumen serta fail-fail dipercayai berkaitan aktiviti haram yang dijalankan,” katanya lapor Berita Harian.
Semua individu itu ditahan untuk siasatan di bawah Akta Cukai Pendapatan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram.
“Kita akan terus memperhebatkan operasi bersepadu seumpama ini ke daerah-daerah ESS Zone bagi mengekang mana-mana elemen jenayah rentas sempadan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan kesejahteraan awam di pantai Timur Sabah,” katanya.