717 daripada 1,091 projek naik taraf, bangun semula sekolah daif siap

717 daripada 1,091 projek naik taraf, bangun semula sekolah daif siap

Kementerian Pendidikan berkata 183 projek dalam pembinaan, 176 di peringkat prabina dan 15 lagi sedang dinilai semula.

daif Dilapidated
Kementerian Pendidikan berkata 339 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di Sabah, 400 di Sarawak dan 352 lagi di Semenanjung Malaysia. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Sebanyak 717 daripada 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara siap sepenuhnya setakat semalam, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Katanya, 183 projek dalam pembinaan, 176 di peringkat prabina dan 15 lagi sedang dinilai semula.

“Sehingga 2024, sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara telah diluluskan melibatkan kos keseluruhan RM8.5 bilion.

“Daripada jumlah tersebut, 339 projek dilaksanakan di Sabah, 400 di Sarawak dan 352 lagi di negeri Semenanjung Malaysia,” katanya menurut Sinar Harian.

KPM berkata, tempoh pembinaan antara enam hingga 36 bulan, tertakluk kepada skop projek dan keperluan kerja penyediaan tapak.

Bagi memperkasakan pelaksanaan projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif, kerajaan menubuhkan Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam yang dipengerusikan ketua setiausaha negara.

“KPM turut menubuhkan Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal untuk menyelaras pelaksanaan projek di pelbagai peringkat serta melaporkan status projek dalam mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia Madani.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.