KL East pertingkat kehidupan di bandar

KL East pertingkat kehidupan di bandar

Sime Darby Property membuka tirai kepada era baharu dengan gaya hidup premium dan mesra alam untuk pemilik rumah.

mainpic
KL East – perpaduan alam dan bandar dalam gaya hidup seimbang. (Gambar Sime Darby Property)

KL East membuka tirai era baharu kehidupan premium dengan perbandaran bersepadu seluas 159 ekar yang menawarkan kemudahan terbaik dari segenap segi untuk memartabatkan gaya hidup. ‘Pelan induk’ KL East yang merupakan simbiosis alam semula jadi dan reka bentuk bandar yang sempurna.

Dari segi keselesaan, KL East sememangnya strategik. Ia menawarkan akses mudah kepada semua kemudahan – pengangkutan, pendidikan, perubatan dan rekreasi, kawasan hijau – dan sudah tentu, pusat membeli-belah.

Dimiliki sepenuhnya oleh Sime Darby Property, KL East Mall (KLEM) mempunyai lebih 170 peruncit dan menyediakan pelbagai pengalaman daripada pengembaraan, makanan lazat, jenama-jenama niche dan terapi beli-belah hingga keperluan harian.

Dikelilingi kehijauan dan nikmat udara segar, KL East persekitaran terbaik untuk gaya hidup lestari. Hutan Mikro KL East yang baru dibuka dan Taman KL East seluas 53 ekar dihuni spesis tempatan yang jarang ditemui serta formasi geologi yang indah. Disamping itu, 43% daripada hutan semula jadi di KL East dipelihara untuk memastikan persekitaran yang dingin dan sihat.

KYS KL East International School diantara beberapa institusi pendidikan yang ada di perbandaran ini, selain kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi yang berdekatan.

KL East menyediakan keterhubungan yang lancar menerusi lebuh raya MRR2, SPE, DUKE, SUKE, AKLEH dan KARAK, serta pengangkutan awam – Stesen LRT Gombak, Terminal Bersepadu Gombak (GITT) dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan beroperasi pada 2027. Mahu ke Genting, Bentong dan destinasi di Pantai Timur juga mudah.

reya2
The Reya menghubungkan penghuni dengan segala kemudahan. (Gambar Sime Darby Properties)

The Reya mercu KL East

Mengambil nama bersempena sinaran matahari terbit, The Reya oleh Sime Darby Property merupakan lambang kehidupan premium di KL East. Direka untuk menawarkan pengalaman unik menerusi pelbagai cara yang mungkin, The Reya turut menawarkan kepada pemilik rumah peluang untuk benar-benar menikmati hidup bergaya setiap saat.

kleast
The Reya – bakal menjelma di KL East oleh Sime Darby Property. (Gambar Sime Darby Property)

The Reya tersergam di kaki Bukit Tabur, yang meneduhi kawasan seluas 53 ekar dalam Taman KL East. Ia menjanjikan pemandangan bandar yang panoramik serta hutan yang subur.

Keajaiban alam semula jadi terhampar di hadapan pintu The Reya. Bayangkan rabung kuarza terpanjang di dunia – Permatang Kuarza Klang Gates, yang merupakan Tapak Warisan Dunia Unesco, dan hutan hujan berusia 200 juta tahun melatari kawasan kejiranan anda.

Gaya hidup premium, mudah dan fleksibel

The Reya merentas kawasan seluas 6.39 ekar, dengan bentuk mengikut kontur bumi agar tiada apa yang menghalang pandangan penghuninya.

Sebuah kondominium pegangan kekal dengan hak milik kediaman, menara setinggi 32 tingkat ini menempatkan 480 unit.

Ideal bagi mereka yang ingin berkeluarga berbilang generasi, kediaman di The Reya lebih besar berbanding rumah yang biasa ditawarkan di kawasan sekitar, termasuk kediaman bertanah; malah beberapa unit turut menyediakan dwi pemandangan.

Bayangkan Permatang Kuarza Klang Gates dan rimba berusia 200 tahun melatari kawasan kejiranan anda. (Gambar Sime Darby Property)

Susun atur boleh suai seluas 1,350 kaki persegi hingga 2,210 kaki persegi juga memberikan lebih fleksibiliti iaitu 3 hingga 5 bilik, dapur basah dan kering, serta pilihan dwi-kunci.

Agar pemilik rumah boleh mendakap gaya hidup lestari, The Reya memasukkan pelbagai ciri-ciri mesra alam dengan aspek reka bentuk teknologi hijau dalam ruangan dalaman dan luaran yang diperakui oleh GreenRE dengan penarafan Emas.

Semua jendela membuka ke luar agar kediaman boleh meninjau pemandangan sambil menyerap cahaya luar, udara yang bersih dan segar, dan bunyi-bunyian alam. Disamping itu, kuasa mentari dimanfaatkan melalui sistem PV Solar untuk mengurangkan penggunaan tenaga.

Ciri-ciri seperti peralatan cekap tenaga, bahan binaan mesra alam, kelengkapan jimat air dan pengecas EV memastikan gaya hidup yang lebih mesra alam. Reya juga dilengkapi sistem keselamatan berbilang peringkat yang boleh dipercayai untuk menjamin kesejahteraan keluarga dan ketenangan fikiran pada setiap masa.

Menggabungkan aspek terbaik rumah keluarga tunggal dan unit berbilang keluarga, The Reya menawarkan yang terbaik untuk kehidupan horizontal, dan direka untuk memaksimumkan penggunaan ruang, dengan kawasan persendirian dan komunal yang dirancang khas.

Alamat baharu berprestij yang melambangkan kehidupan premium, keselesaan mutlak, dan gaya hidup perpaduan alam dan bandar yang bermanfaat, The Reya menyediakan yang terbaik kepada penghuninya.

Reya dari Sime Darby Property akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Sekiranya anda ingin meninjau unit contoh, atau maklumat lanjut, tekan di sini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.