
Beliau berkata, China dan semua negara anggota blok serantau itu turut bersetuju menggunakan jalur diplomatik dan rundingan bagi menyelesaikan pertikaian di perairan itu semasa Sidang Kemuncak Asean ke-44 dan ke-45 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini.
“Saya cadangkan kalau boleh guna jalur Asean misalnya. Tentunya sedikit perkembangan di Filipina itu membimbangkan dan kita telah sampaikan,” katanya kepada media Malaysia pada hari terakhir sidang kemuncak itu hari ini.
“Ada jaminan dari Perdana Menteri (China) Li Qiang, hal ini akan diurus secara damai ikut semangat Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (Unclos) 1982
Pertikaian di Laut China Selatan menjadi antara tumpuan 10 negara Asean dan rakan dialog mereka, China, semasa sidang kemuncak itu, dengan penekanan diberikan kepada hak mempertahankan kedaulatan negara masing-masing.