
Aaron-Wooi Yik yang merupakan pilihan ketiga, gagal memenuhi harapan apabila mereka mengalami kekalahan mengejut kepada pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy, dengan keputusan 13-21, 8-21.
Namun, nasib berbeza menyebelahi pasangan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan dan M Thinaah yang mara ke pusingan suku akhir.
Pasangan pilihan ketiga itu menunjukkan prestasi cemerlang dengan menewaskan Kirsten de Wit dari Belanda dan Mariia Stokiarenko dari Ukraine, dengan keputusan 21-10, 21-11.
Pearly-Thinaah dijadualkan berdepan dengan pasangan China, Jia Yi Fan dan Li Wen Mei, selepas pasangan tersebut menewaskan pasangan Austria, Anna Kupca dan Jekaterina Romanova, dengan keputusan 21-9, 21-3.