Justo mohon Dr M campur tangan untuk dapat bayaran dijanjikan, dakwa buku

Justo mohon Dr M campur tangan untuk dapat bayaran dijanjikan, dakwa buku

Wartawan, Leslie Lopez, berkata Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan kepada Xavier Andre Justo bahawa beliau akan melihat perkara itu.

Xavier Andre Justo dikatakan mengadu kepada Dr Mahathir Mohamad bahawa dia tidak dibayar selepas memberikan maklumat penting dalam pendedahan skandal 1MDB.
PETALING JAYA:
Warga Switzerland, Xavier Andre Justo, ‘yang dikatakan satu-satunya orang yang menanggung akibat mendedahkan maklumat berkait skandal 1MDB’, terpaksa meminta campur tangan Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan bayaran yang dijanjikan kepadanya, menurut sebuah buku.

“Justo perhati dari jauh rakan-rakan sekomplot menjadi tumpuan perhatian ramai, mereka mendakwa mereka lah yang mengepalai pendedahan skandal 1MDB oleh media,” tulis wartawan, Leslie Lopez, dalam “The Siege Within”.

Pada 2015, bekas eksekutif IT Petrosaudi International itu mengaku bersalah di mahkamah di Thailand atas tuduhan peras ugut, pemerasan, dan menjaja data yang dicuri daripada majikannya, yang mana dia dijatuhi hukuman penjara tiga tahun.

Dibebaskan selepas diberi pengampunan diraja pada Disember tahun berikutnya, permintaan Justo yang mahu fi yang dijanjikan iaitu sebanyak USD2 juta dibayar telah ditolak, atas alasan dia ‘mengaku mencuri data PetroSaudi’, dakwa Lopez.

Menyusuli kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada PRU 2018, Justo menemui Mahathir yang baharu dilantik sebagai perdana menteri dan mempersembahkan dirinya sebagai ‘pemberi maklumat yang terkilan’.

Justo menjelaskan kepada Mahathir tentang bagaimana dia memberikan maklumat penting dalam pendedahan skandal 1MDB itu dan ‘diperdayakan’, ‘dibuang’, dan tidak dibayar.

“Mahathir beri jaminan kepada Justo bahawa beliau akan tengok perkara itu,” dakwa buku itu.

Namun pihak yang akan membayar Justo bimbang akan terpalit sekiranya membuat pembayaran itu, lalu merangka suatu rancangan.

Menurut buku itu, Justo ‘akan dipersembahkan kepada orang ramai sebagai pemberi maklumat skandal kewangan yang menumbangkan kerajaan Najib. Justo mula muncul dalam rancangan bual bicara di radio dan sudi ditemubual media.’

Justo peroleh penyelesaian kewangan lapan bulan kemudian, tulis Lopez.

Laporan selektif

Lopez, yang membuat liputan ke atas skandal 1MDB selama lebih sedekad, menyifatkan hal itu sebagai teruk, ‘sarat dengan laporan pemerian secara selektif yang meneduhi kebenaran’.

Keterangan daripada beberapa saksi, termasuk penjawat awam kanan, menghasilkan pemerian yang bercanggah, kata Lopez.

the siege withinSeorang personaliti menolak sama sekali sebarang hubungan dengan Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low, seorang ahli perniagaan yang dikehendaki dalam skandal itu.

Low bagaimanapun punyai cerita tersendiri.

“Boleh kamu bayangkan kalau saya tampil dan membuka mulut. Habis lah orang ini. Sudah tentu ini akan jadi kata-kata mereka lawan kata-kata saya dan mereka akan berhujah bahawa orang ini lebih boleh dipercayai,” kata Low kepada Lopez melalui teks.

Low dianggap sebagai dalang di sebalik penipuan 1MDB, yang menurut Jabatan Kehakiman Ameriksa Syarikat sebagai kes kleptokrasi terbesar setakat ini.

Buku ‘The Siege Within‘ boleh didapati secara tempahan awal di Lit Books, Amazon Singapore, Shopee, dan di kedai buku seperti Kinokuniya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.