Selangor tubuh pasukan petugas khas pulih kanak-kanak GISBH

Selangor tubuh pasukan petugas khas pulih kanak-kanak GISBH

Exco Selangor, Mohammad Fahmi Ngah berkata pasukan petugas khas itu akan memastikan kanak-kanak GISBH dapat dipulihkan dan diintegrasikan semula dalam masyarakat.

Exco Selangor, Mohammad Fahmi Ngah berkata pasukan petugas khas itu akan memfokuskan kaedah pemulihan kanak-kanak dari segi aqidah, kebajikan, kesihatan, perkembangan mental serta fizikal mereka. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kerajaan Selangor menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi memulihkan kanak-kanak terbabit dalam isu Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri, Mohammad Fahmi Ngah, berkata pasukan itu ditubuhkan berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 2 Okt lalu yang dipengerusikannya bersama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat negeri, Anfaal Saari.

“Pasukan khas ini dianggotai pada peringkat awal ini oleh wakil daripada polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Pasukan ini turut dianggotai pakar psikologi dan pendidikan kanak-kanak, Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor dan Yayasan Selgate,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, pasukan ini akan memfokuskan kaedah pemulihan bukan saja isu aqidah, tetapi juga kebajikan, isu kesihatan dan perkembangan mental serta fizikal kanak-kanak.

“Ini bagi memastikan kanak-kanak ini dapat dipulihkan dan diintegrasikan semula ke dalam masyarakat, walaupun selepas tempoh pemulihan rasmi selama enam bulan ini.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.