MIC buat lantikan penting, Ramasamy kini naib presiden

MIC buat lantikan penting, Ramasamy kini naib presiden

Presiden MIC SA Vigneswaran berkata Ketua Bahagian Segambut, N Sivakumar dilantik sebagai bendahari agung baharu parti itu.

Presiden MIC SA Vigneswaran berkata semua individu yang dilantik ini akan memainkan peranan penting dalam pemerkasaan parti.
KUALA LUMPUR:
MIC hari ini melakukan beberapa lantikan penting bagi penggal 2024 hingga 2027 antaranya Bendahari Agung M Ramasamy dilantik sebagai naib presiden yang baharu berkuat kuasa semalam.

Presiden MIC SA Vigneswaran yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama berkata jawatan bendahari agung kini digantikan dengan N Sivakumar yang juga memegang jawatan ketua bahagian Segambut.

“Semua individu yang dilantik ini akan memainkan peranan penting dalam pemerkasaan parti, berkuat kuasa semalam hingga pemilihan parti akan datang yang dijangka pada 2027,” katanya.

Beliau turut mengesahkan beberapa pelantikan lain termasuk ketua penerangan yang kini disandang AK Ramalinggam, Pengerusi Bangunan MIC N Rawisandran, Setiausaha Organisasi N Muneandy dan Setiausaha Eksekutif Dr AT Kumararajah.

Selain itu, bekas ketua penerangan R Thinalan diberi peranan baharu sebagai pegawai strategi nasional manakala Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) L Siva Subramaniam dilantik pengerusi biro media kebangsaan.

Pada awal Ogos lepas, Vigneswaran membuat lantikan baharu bagi jawatan setiausaha agung yang kini dipegang oleh Dr S Ananthan yang merupakan pengerusi MIC Kedah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.