
Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu itu, menyuarakan kebimbangan mereka menjadi terlalu ekstrem.
“Itu sesuatu yang bahaya. Apa yang penting adalah untuk menjaga keamanan negeri Sarawak,” kata premier Sarawak itu menurut Bernama selepas merasmikan Konvensyen Belia PBB, Sibu.
Abang Johari, yang juga pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), berkata golongan belia PBB perlu dilatih secukupnya agar dapat berinteraksi dengan baik dengan masyarakat di Sarawak yang diketahui mempunyai latar belakang majmuk.
Mengulas lanjut, beliau tidak menolak kemungkinan mengetengahkan calon muda daripada sayap Belia yang baharu ditubuhkan parti itu untuk bertanding pada PRN akan datang.
“Kalau ini dapat dipenuhi tidak kira latar belakang ataupun tempat, jika masyarakat dapat terima mereka kenapa tidak kita letakkan mereka (sebagai calon),” katanya.
Beliau berkata, pada setiap pilihan raya 30% calon yang diketengahkan PBB mestilah muka baru dan muka lama yang berpengalaman hendaklah bekerjasama dengan muka baru ini.
Beliau menyifatkan penubuhan sayap Belia PBB detik bersejarah kepada politik Sarawak kerana memberi ruang untuk belia berusia 18 hingga 28 tahun menjadi ahli PBB dan dapat menyumbang ke arah bukan sahaja pembangunan PBB, malah GPS.