Kerajaan setuju latihan bahasa Cina, Tamil diperbanyak di institusi perguruan

Kerajaan setuju latihan bahasa Cina, Tamil diperbanyak di institusi perguruan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata ia bertujuan lebih ramai guru dilatih untuk dihantar ke sekolah jenis Tamil dan Cina.

Anwar Ibrahim berkata, ruang tambahan latihan bahasa Cina dan Tamil akan diperbanyakkan di institusi perguruan, selain bahasa kebangsaan. (Gambar Bernama)
SUNGAI SIPUT:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju ruang tambahan bagi latihan bahasa Cina dan Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan, selain daripada bahasa kebangsaan.

Beliau berkata, hal ini supaya lebih banyak guru dalam mata pelajaran berkenaan dapat dilatih Kementerian Pendidikan untuk dihantar ke sekolah jenis Tamil dan Cina.

“Sepertimana juga yang kita putuskan di beberapa sekolah kebangsaan iaitu anak-anak India yang memilih untuk menguasai atau mempelajari bahasa Tamil atau anak-anak Cina di sekolah menengah kebangsaan, itu harus kita pastikan ia (penguasaan bahasa ibunda) dapat ditingkatkan.

“Ini dasar yang tak bercanggah dengan dasar negara kita. Sebab itu saya katakan biar ada komitmen jelas dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India dan Sabah dan Sarawak, tentang bahasa kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Heawood.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.