
Beliau berkata, tindakan pemilik tanah enggan bekerjasama serta membawa isu berkenaan ke mahkamah menyebabkan projek LPB tertangguh sehingga mendapat tempoh lanjutan masa (EOT).
“Oleh itu, kita tidak mahu masalah ini berlaku dalam pelaksanaan LPB Sabah Fasa 1B yang mana kontraktor pelaksana baharu saja menerima Surat Setuju Terima (SST) dua hari lepas.
“Dalam hal pengambilan tanah, pengalihan utiliti boleh dicepatkan…sebagai contoh pengambilan tanah ada tempoh yang ditetapkan dalam seksyen yang tertentu,” katanya menurut Bernama ketika meninjau pelaksanaan projek LPB Sabah Pakej 8 di Jalan Sepanggar-Berungis, Kota Kinabalu.
Ahmad berkata, status kemajuan pembinaan projek LPB Fasa 1A sehingga Ogos 2024 bagi 15 pakej yang dilaksanakan ialah sebanyak 79.48%.
“Sebanyak empat pakej kerja telah siap dan dibuka kepada pengguna jalan raya, manakala pakej kerja selebihnya berada pada pelbagai peringkat pembinaan dan dijangka siap keseluruhannya secara berfasa selewat-lewatnya pada suku pertama 2026. Anggaran jarak keseluruhan Fasa 1A adalah 283km,” katanya.
Beliau juga meminta agar pihak kontraktor menitikberatkan pelan pengurusan trafik yang sistematik bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dimaksimumkan serta mengurangkan impak kesesakan jalan raya.
“Selain itu, saya berharap berharap pasukan pembinaan dapat mengekalkan momentum penyiapan projek ini dengan menepati mutu yang ditetapkan dari segi kualiti, kos dan masa,” katanya.