PRN: Pengarah p’raya Umno Sabah ingatkan jentera ‘terus bersedia’

PRN: Pengarah p’raya Umno Sabah ingatkan jentera ‘terus bersedia’

Jeffery Nor Mohamed anggap tempoh seawal September sebagai 'waktu penting' untuk siapkan jentera Umno.

Pengarah Pilihan Raya Umno Sabah, Jeffery Nor Mohamed, mahu jentera parti ‘terus bersedia’ untuk hadapi PRN. (Gambar UMNO)
PETALING JAYA:
Pengarah pilihan raya Umno Sabah mengingatkan jentera parti agar ‘terus bersedia’ untuk menghadapi PRN Sabah ke-17.

Walaupun penggal DUN Sabah hanya akan tamat pada Oktober tahun depan, Jeffery Nor Mohamed berkata beliau menganggap tempoh seawal September sebagai ‘waktu penting’ untuk menyiapkan jentera.

Beliau juga berkata pihaknya menjangkakan tempoh sehingga Februari sebagai ‘waktu kritikal’, lapor Umno Online.

Sebelum ini, timbalan setiausaha agung Gabungan Rakyat Sabah berkata tempoh berbaki kira-kira setahun ini akan digunakan sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah dan isu rakyat.

Menurut Armizan Mohd Ali pada 29 Sept lalu, rundingan pembahagian kerusi antara rakan GRS belum dimulakan, dan ia hanya berlaku apabila tiba masanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.