
Sumber yang enggan dinamakan itu, berkata bekas menteri berkenaan menarik pencalonannya minggu lalu.
“Perkara itu (pencalonan Rina) akan dibuat secara rasmi pada Jumaat apabila senarai calon bagi pemilihan parti didedahkan,” katanya kepada FMT.
Sumber itu juga berkata, naib ketua sayap Wanita, Mas Ermieyati Samsudin, dijangka mengambil alih jawatan Rina.
Ditanya mengapa Rina yang juga bekas Ahli Parlimen Titiwangsa menarik pencalonannya, sumber berkata: “Mas Ermieyati terlalu kuat ketika ini.”
FMT sedang mendapatkan ulasan Rina.
Rina, yang dilantik mengetuai sayap Wanita Bersatu pada 2017, mempertahankan jawatan sayap itu yang dikenali sebagai Srikandi, pada 2020.
Bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat tersebut kalah pada PRN Selangor tahun lalu di kerusi Batu Tiga.
Kekalahan berkenaan yang kedua selepas tumpas di Parlimen Sepang pada PRU15.
Rina keluar Umno pada 2016 untuk menyertai Bersatu.