
Katanya, pengurangan sebanyak RM275 juta itu hasil kecekapan semua pihak menerusi konsep pengurangan risiko bencana.
Menurutnya, walaupun bencana banjir tidak dapat dielakkan, tetapi impaknya boleh diminimumkan dengan meningkatkan tahap kesiapsiagaan.
“Sejak saya jadi pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, saya tekankan komunikasi dan koordinasi. Oleh itu, kerjasama semua pihak dengan penyelarasan betul membolehkan sesuatu gerak kerja itu lebih baik.
“Ia seterusnya dapat mengurangkan kerugian pengurusan bencana negara yang akhirnya menjadikan Malaysia negara berdaya tahan bencana,” katanya menurut Sinar Harian selepas pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2024 di pusat pemindahan sementara Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya dekat Kota Tinggi.
Sebelum itu, Zahid melancarkan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030.
Beliau berkata, dasar itu bagi memastikan langkah pengurusan bencana lebih relevan, dengan meningkatkan keupayaan negara menghadapi dan menguruskan bencana.