Istana Pahang nafi catatan tular berkenaan ‘perkahwinan diraja’

Istana Pahang nafi catatan tular berkenaan ‘perkahwinan diraja’

Istana Pahang nafi catatan tular berkenaan 'perkahwinan diraja' melibatkan Tengku Mahkota Pahang dengan seorang wanita.

Istana Pahang meminta orang ramai tidak mempercayai sebarang kenyataan selain daripada portal rasmi Istana Pahang atau media sosial Kesultanan Pahang. (Gambar Facebook)
KUANTAN:
Istana Pahang menafikan satu catatan tular berkenaan ‘perkahwinan diraja’ melibatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan seorang wanita.

Menurut laman Facebook Kesultanan Pahang, maklumat tular menerusi Instagram sejak 24 Sept lepas dimuat naik sendiri oleh pengguna platform dengan nama Farida.1111111 dan memperlihatkan kertas tertulis ‘Istiadat Perkahwinan Diraja antara Tengku Hassanal dan Cik Farida Daud’.

Kesultanan Pahang memaklumkan perkara itu palsu dan tiada kaitan dengan Tengku Mahkota Pahang atau Istana Pahang.

“Istana Pahang mengesan hantaran berbentuk fitnah yang dimuat naik individu tersebut dan meminta orang ramai tidak mempercayai sebarang kenyataan selain daripada portal rasmi Istana Pahang atau media sosial Kesultanan Pahang.

“Tindakan tegas boleh diambil kepada individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran di media sosial yang berbaur fitnah atau mengganggu-gugat keharmonian khususnya Istana Pahang,” menurut kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.