
Ketua Polis Taiping Mohamad Nasir Ismail berkata pihaknya menerima laporan daripada unit kecemasan Hospital Taiping memaklumkan seorang warga Kemboja 43 tahun baru melahirkan anak pada 3.32 pagi.
Tetapi, katanya bayi wanita itu tidak dibawa sekali kerana sudah meninggal dunia dan dibuang.
“Susulan laporan itu, polis menjalankan siasatan dan menahan seorang warga Nepal 34 tahun dalam tempoh kurang 24 jam. Tangkapan menunjukkan kawasan bayi dibuang di tepi Sungai Larut, Simpang.
“Pemeriksaan polis menemui satu bungkusan beg plastik dan pemeriksaan lanjut menemui bayi perempuan sudah meninggal dunia di dalamnya,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja menyembunyikan kelahiran kanak-kanak dengan membuang mayatnya secara sulit, jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.