Sita premis GISBH, Terengganu waspada elak disaman

Sita premis GISBH, Terengganu waspada elak disaman

Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar berkata sudut perundangan diambil kira terlebih dulu.

gisb
Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerajaan negeri perlu lebih berhati-hati jika mahu menyita premis perniagaan GISBH di Terengganu. (Gambar EPA Images)
KUALA TERENGGANU:
Kerajaan Terengganu lebih berhati-hati dalam mengendalikan urusan sitaan terhadap premis perniagaan milik Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) di negeri itu.

Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pihaknya akan meneliti dari sudut perundangan terlebih dahulu bagi mengelakkan risiko saman daripada mana-mana pihak.

“Kita akan tengok dari segi peruntukan undang-undang, apa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkuasa negeri boleh buat. Kita biar ikut peraturan…kalau tidak akan ada risiko saman.

“Akan ambil masa sedikit untuk rujuk pihak berkuasa agama dan undang-undang sebelum mengambil langkah seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup seminar ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Terengganu penggal 2024-2026.

Samsuri sebelum ini dilaporkan berkata, urusan pembatalan atau penggantungan lesen akan ditentukan hasil mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang diadakan baru-baru ini.

“Belum ada kemas kini soal lesen ini. Isu lain pun kita akan tengok sekali gus mengelakkan kelompangan dalam penguatkuasaan yang boleh membuka tindakan undang-undang pula (dari GISBH),” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.